DUN KUBU GAJAH: Bantuan Rumah YBU
Meninjau kerja-kerja memperbaiki bantuan rumah Warga Emas, Ismail bin Mat, 73 tahun di Kampng Bagan Baharu.Kebetulan hari ini, bermulanya kerja-kerja bantua memperbaiki rumah tersebut oleh Yayasan Bina Upaya (YBU) sebanyak RM 15,000.Projek yang dikendalikan oleh Kontrektor tempatan itu dijangka siap dalam seminggu lagi dan Saya berharap ia dilaksanakan mengikut spekfikasi yang telah ditetapkan dan siap mengikut jadual.Ismail yang bekerja kampung dan tinggal bersama isteri dan cucunya begitu gembira dan terharu diatas bantuan yang telah diberikan itu.Beliau mengucap syukur ke Hadrat Allah S.W.T. dan berterima Kasih kepada Kerajaan Perak yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir diatas keperhatinan kebajikan rakyat miskin, semoga pentadbiran Barisan Nasional (BN) terus kekal dalam membela nasib rakyat.Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBU diatas sumbangan dan bantuan yang telah dihulurkan semoga lebih ramai lagi penerima bantuan daripada Yayasan tersebut.Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini Saya turut menyarankan agar peruntukan kepada YBU ditambah bagi membolehkan banyak lagi bantuan diberikan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.